Laporan terkini MAXSTEAM di 1st AIG BKK 2005:
Oleh: Nik Ahmad Farez, Asst. Team Mgr., MAXSTEAM
Lokasi: Khumsuphan Hotel, Suphanburi Province, Bangkok, Thailand
SUPHANBURI, 12 Nov. '05: Alhamdullilah! Setelah penah lelah, caci fitnah dan pelbagai lagi cabaran MAXSTEAM yg banyak berkorban untuk membolehkan Malaysia menyertai 1st AIG BKK '05, akhirnya dapatlah kita semua berbangga kerana wakil tunggal dari MAXSTEAM untuk upacara perasmian 1st AIG beberapa jam yg lepas, saya dipilih untuk menjulang Jalur Gemilang dan mengetuai kontinjen Malaysia. Ini adalah satu penghargaan kepada semua peminat sukan extreme Malaysia kerana diberi kepercayaan dan peluang oleh OCM untuk memikul tugas ini. Laporan lanjut tentang pahit getir kontinjen Malaysia untuk upacara perasmian akan disusuli nanti.
Saya tiba di BKK airport jam 5pm semalam (seorang diri kerana Team Mgr, Asra Khairil Dato' Ab Rahman terpaksa menunda penerbangan ke satu tarikh yg belum tetap kerana kesihatan bayi beliau dalam keadaan membimbangkan) menaiki penerbangan Gulf Air yg menaja MAXSTEAM bukan hanya tiket penerbangan tetapi juga caj tambahan minyak kapalterbang bernilai RM138 X 13 orang dan lebihan bagasi sebanyak 40kg X 13 orang (sekilo = +- RM 15). Urusan sekretariat 1st AIG di BKK airport agak kelam-kabut tetapi layanan cukup bagus.
Tiba di Khumsuphan Hotel jam 9pm. Saya terpaksa memangku tugas Team Mgr. untuk satu tempoh yg belum tentu. Seorang pegawai warga Suphanburi dilantik sebagai 'personal assistant' (Liason Officer) kepada saya. 'Extreme Team dari negara2 lain tinggal di hotel yg sama dan ramai antara mereka menanya atau menyaran untuk Malaysia adakan 'extreme comp' yg boleh disertai mereka.
Pekan Suphanburi tidaklah besar sangat (lebih kurang macam Pekan Kajang) tetapi yg bagusnya, tiada masalah lalulintas. Van ('seat in coach' taxi) dari Suphanburi ke Bangkok City hanyalah 900 Bath +- RM9
dan mengambil masa antara satu setengah ke 2 jam.
Barang keperluan agak murah dan Masjid Suphanburi hanya terletak lebih kurang 93 kali kayuhan 'Mat Dagu'.
- Esok (Ahad), akan ada mesyuarat semua Team Mgr. sukan 'extreme'.
- 14 & 15 Nov, 'Official Practice Session'
- 15 Nov, wakil media yg 'dilantik' oleh pihak Kompilasi 3X akan tiba ke BKK dan terus ke Suphanburi.
- 16 & 17 Nov, 'Final'
Kemudahan internet di hotel agak murah, minimum kena beli kad 100 Bath =- RM 10 untuk 2 jam menternet.
Sekian dulu buat hari ini. Jam dahpun pukul 1:12am.
Untuk sokongan, bolehlah hantar e-mail ke AbeNik:
maxsteam2@yahoo.com @ sms: +661 3991368
Wassalam,
AbeNik
Nik Ahmad Farez
Asst. (Acting) Team Manager
Malaysia Extreme Sports Team
MAXSTEAM