Post by Boy Ipoh on Oct 18, 2006 8:35:23 GMT 8
HENTIKAN FTA MALAYSIA -AMERIKA
Komrad..
Dalam masa seminggu lagi, semua rakyat Malaysia akan berada dalam musim perayaan dimana Hari Raya dan Deepavali akan diraikan dengan penuh meriah diseluruh negara. Dalam keghairahan kita merayakan perayaan , pihak kerajaan Malaysia dengan senyap-senyap akan menggadai masa depan 24 juta rakyat Malaysia kepada Amerika.
Anda terkejut ? Akan tetapi ini adalah benar. Kenapa ? Sebab pada 30/10/2006, seminggu selepas minggu perayaan, perbincangan pusingan ke-3 dengan Amerika akan dimulakan di Kuala Lumpur untuk meliberalisasikan ekonomi negara kita dan juga untuk menetapkan syarat-syarat bagi Perjanjian Perdagangan Bebas ( Free Trade Agreement) dengan Amerika.
Kita sedar akan kesan FTA Amerika dengan negara-negara dunia ketiga seperti Colombia, Mexico, dan banyak negara LAtin Amerika hanya memberi kesan yang buruk seperti, petani kehilangan tanah, pekerja hilang pekerjaan, kos ubat meningkat, kos hidup meningkat , inflasi yang tidak terkawal dan penjajahan ekonomi . Maka dengan adanya FTA diantara Malaysia dan Amerika, keadaan ini juga akan dirasai oleh kita di Malaysia dan kenaikan harga petrol, dan barangan asas masa kini adalah antara tanda-tanda awal keadaan yang akan kita rasai pada masa hadapan.
Maka , kita tidak seharusnya berdiam diri. Kita harus membantah FTA US Malaysia yang akan menggadai masa depan kita dan juga menghancur masa depan generasi akan datang. kalau kita tidak bertindak sekarang maka anak-anak kita akan dijajah secara ekonomi oleh Amerika . Adakah kita hendak ini berlaku ? Kalau tidak, JOM MEMBANTAH FTA US MALAYSIA
Tarikh : 30/10/2006
Masa : 10:00 am
Tempat: Berkumpul di Stesen Monorail Bukit Nenas dan berjalan ke Sheraton Imperial(di hadapan hardrock cafe kl) dimana perbincangan diadakan.
Spread tHe Words bro...